Apakah hukum memakai gelang tangan atau kaki berloceng??
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan)
yang ada di dalamnya anjing dan loceng"
Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..
~Sumber dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Terjemahan Ayat Al-Quran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
~Surah An-Nur Ayat 31.
Baca dalam sumber di internet baru-baru ni. Untuk kanak-kanak perempuan adalah diharuskan. Tapi bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Sebaliknya untuk keselamatan. Bila pasang loceng di kaki. Secara tak langsung ibu bapa boleh mengesan jarak anak dengan kita. Cumanya jangan timbul rasa riak bila memakainya pada si anak. Dan keduanya boleh mendatangkan mudarat pada si anak. Bimbang kena curi. Budak-budak manalah reti nak tau boleh ke tidak. Kalau orang curi rantai kaki dia, yang melopong tentulah emak ayahnya. Gelang emas dibawa lari. Kan dah rugi.
Sesetengah gadis dan wanita, (lelaki pun ada ya), suka sangat pakai perhiasan yang berlebihan ni. Kalau gila emas. Kalau boleh nak sarungkan cincin-cincin pelbagai saiz pelbagai corak. Hari-hari bertukar-tukar rupa dan bentuk cincinnya. Lagi tebal cincin tu lagi nampak grandnya. Pernah terjumpa yang pakai cincin pada semua jari jemarinya. Yang berlayer dalam 2,3 cincin pada satu jari pun ada. Part musykilnya, kalau amik wuduk, dorang cabut tak cincin tu? Masuk jamban, basuh berak anak ke, masak-masak ke, tanggal tak cincin tu?
Ada juga yang jenis suka gelang yang banyak buah rantai, lagi banyak, lagi kuat berbunyi, lagi nampak kelasss. Dari jauh dah boleh terdengar bunyi cheng... cheng... cheng... tu, dan kita pun tahulah si anu si polan ini nak lalu. Kadang-kadang rasa cute-cute je bunyi-bunyian camtu. Tapi selalunya memang rasa annoying giler! Aku tak suka pakai barang kemas, sebab aku rimas. Nak-nak kalau duduk semeja dengan kaki kumpul barang kemas. Adalah dorang nak belek-belek tangan kita. Nak tengok berapa kerat karat emas kat tangan. Hahah... Dan bila pakai barang kemas ni membuatkan kita secara tak atau sengaja suka menghulur tangan. Nak tunjuk seberang jalan je, tapi selak baju lengan sampai ke siku. Nak tunjuk jalan dan tangannya sekali. Pernah tengok filem Mami Jarum? Nah... gitu-gitulah stylenya. Kalau tak pernah tonton. Imaginekan saja.
Seumur hidup belum pernah lagi aku beli barang kemas berloceng. Dan bila keluar hadis yang demikian, menguatkan lagi perasaan aku untuk tolak sebarang jenis perhiasan diri yang over expose diri macam tu. Kalau kita dah terbeli tu, eloklah tanggalkan locengnya. Simpan baki emas yang secoit tu di rumah. Jangan bimbang, orang akan tahu jugak kita pakai gelang kaki kalau kita pakai kain baju kurung separas lutut. Kes desperate nak tunjuk kat orang yang dia ada gelang kakikan, hahaha...
No comments:
Post a Comment