Hikmah
Kunyah Makanan 40 Kali
Sekarang
ni banyak rupanya amalan dan pengetahuan tentang agama yang salah pengetahuan
dan amalan selama ini. Alhamdulillah, hikmah bila semua info di hujung jari,
ustaz dan para ulama pun boleh menyebarkan ilmu melalui penulisan yang boleh
diakses oleh semua orang (Tapi awas! Ilmu agama & apa2 ilmu nak didalami
kena berguru -ada yang mengajar&bincang, tak boleh main taram
sorang-sorang, kerana nanti gurunya adalah syaitan).
Masa
kecil dulu selalu dengar ‘orang mengajar’ (ustaz/ustazah bagi ceramah0 tentang
sunnah mengunyah makanan, 40 kali katanya. Walaupun sudah diperbetulkan bahawa
tiada dalil tentang 40 kali tu tapi ternyata Rasulullah mengamalkan mengunyah
makanan banyak kali hingga hancur. Mengunyah makanan sampai lumat ni memang
bagus sebenarnya.

Ia
dibuktikan dengan kajian moden tentang kunyahan yang lama boleh membantu dalam
menangani masalah kegemukan atau obesiti. Betul ke?
Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki
China, dan mereka mendapati:
Mereka
yang mengunyah makanan dengan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding
yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan
tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya di
sini, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya!
Jadi
sesiapa yang taknak gemuk, kunyahlah makanan betul-betul ya.
Mengunyah
makanan dengan berkesan ni akan menukarkan makanan kita menjadi pecahan kecil,
luas permukaan yang besar menjadikan proses pencernaan menjadi lebih baik.
Untuk volum yang sama, bila dipecahkan kepada kepingan kecil, luas permukaan
juga bertambah. Matematik pula ye…
Tenpoh
mengunyah makanan yang lama membolehkan ia bercampur dengan air liur dengan
baik. Ini memang penting kerana air liur kita ni bukan saja membantu untuk
melincirkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus, tapi juga kerana
air liur mengandungi enzim yang menyumbang kepada proses penghadaman.
Pendekata,
kunyahlah makanan 40 kali, ia memang elok untuk kesihatan kita.
No comments:
Post a Comment