Tegur Isteri
Tanda Sayang
“Hidup berumah
ini ini perlu ada seninya”, nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.
“Seni bagaimana
tu Pak Cik?”, tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.
“Ish kamu ni,
jangan fikirkan yang bukan-bukan”, balasnya.
“Tak adalah Pak
Cik, saya mengusik ja”.
“Macam ni, ada
banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami
seperti kamu”.
“ Seni
bagaimana tu Pak Cik”.
“Ada banyak
seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal
perkahwinan ini adalah seni menegur isteri”.
Menegur Isteri
Suatu Cabaran
Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki.
Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh
membawa pecah belah di dalam rumah tangga.
Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi
pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi
teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si
suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun
dirasakan wangi seperti deodoren.
Fitrah Wanita
Perlu Di Tegur
Sudah menjadi
fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur
dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk
memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk
menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.
Oleh sebab
itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal
ini:
Sabda Nabi
S.A.W:
“Aku berwasiat
kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan
daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di
bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya
dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya.
Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita”
(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
Seni Dalam
Menegur
Sebagaimana
pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai
tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok
selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan
tulang yang bengkok ini.
Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak
boleh digunakan untuk menegur isteri.
Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami
isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak
ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.
Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau
email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun
begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh
menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya
sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan
fikiran isteri terganggu.
Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain
padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya
ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri
daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai
suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, “cubit-cubit sayang”.
Bahana Suami
Tidak Menegur
Sesetengah
golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan
berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang
dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di
depan mata.
Takutlah akan
pesan Baginda S.A.W :
Ertinya : Dari
Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang
tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang
menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai
Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu
dayus? , berkata nabi : “ Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk
bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – ( Riwayat At-Tabrani)
Menegur Isteri
Tanda Kasih Sayang
Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda
seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang
menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada
kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh
suami.
Sekiranya
isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal
membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah
di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai
perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang.
Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.
Hidupkanlah
budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri
tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.
:)
ReplyDelete